Apa konsep dan cara pembelajaran Cilik Mumtaz ni?

Apa konsep dan cara pembelajaran Cilik Mumtaz ni?
Jom kami ulas sedikit

Mula-mula kita  fahamkan dulu apa maksud integrasi . Integrasi ialah gabungan silibus Kurikulum Akademik & Kurikulum Diniyyah serta Hafazan. Jadi Cilik Mumtaz menawarkan pra-sekolah yang menggabungkan kedua-dua jenis sillibus bagi mengimbangi pembelajaran anak-anak.

Jadi Cilik Mumtaz menawarkan pra-sekolah yang menggabungkan kedua-dua jenis sillibus bagi mengimbangi pembelajaran anak-anak.

Mak ayah mesti nak pendidikan yang terbaik kan ? Seimbang antara akademik dan agama. Cilik Mumtaz menggunakan teknik praktikal untuk membangunkan motorskil anak-anak. Ia juga dapat mendidik sikap bantu-membantu antara satu sama lain.

Dengan menerapkan unsur-unsur Islam dalam pendidikan juga membantu membentuk sahsiah sejak kecil. Cilik Mumtaz menawarkan 3 jenis pakej pembelajaran untuk kategori umur yang berlainan. Untuk anak-anak yang berusia seawal 3 ke 4 tahun , mak & ayah boleh pilih “playschool” untuk anak-anak belajar sambil bermain. Pada peringkat ini, mereka lebih kepada aktiviti eksplorasi untuk proses perkembangan minda mereka. 

Anak-anak yang berusia 5 ke 6 tahun, mak & ayah boleh daftarkan untuk kelas “Kindergarten” untuk persediaan ke tahun 1 sekolah rendah. Dengan menggunakan sillibus akademik dari Kementerian Pelajaran Malaysia, ia pastinya dapat membantu anak-anak bersedia untuk melangkah ke tahun 1 nanti.

Mak & ayah buntu tak tahu nak tinggal anak-anak dimana sewaktu mak & ayah bekerja ? Cilik Mumtaz ada menawarkan pakej “transit” untuk anak-anak berusia 7 ke 12 tahun. Pakej transit disediakan untuk membolehkan anak-anak yang balik dari sekolah atau sebelum ke sekolah , tinggal di Cilik Mumtaz sambil belajar fardu ain dan juga menyiapkan kerja sekolah sambil dibantu oleh guru-guru Cilik Mumtaz.

Dengan guru-guru yang berpengalaman dan mesra kanak-kanak, kami sangat mementingkan kualiti dalam mendidik dan membimbing anak-anak mak & ayah.

Untuk lebih info dan keterangan lanjut, mak & ayah boleh ke laman web kami di www.cilikmumtaz.com .


Facebook


Twitter

Search
Categories & Tag
Recent Blog

    Comments are closed